Bismillahirrahmanirrahim…
”Anakku….apabila yang diingini dan dikejar itu sesuatu yang tinggi dan mulia, maka banyaklah akibatnya dan panjanglah jalannya menuju kesana………”pesan Imam Al-Ghazali
Ya Allah, tenggelamkanlah aku dalam kecintaanMu, supaya tiada suatu pun yang dapat memalingkan aku daripadaMu. Aku ingin sekali mendaki puncak cinta teragung buatMu, biar rasa cinta itu membuat aku lupa pada segalanya.. hanya Engkau Ya Allah.. hanya Engkau... Seperti kisah cinta Rabiatul Adawiyah padaMu. Aku membaca kisah Rabiatul Adawiyah..
teringin sekali ku tahu apa istimewanya wanita sufi itu hingga terkenal namanya di syurgaMu. “Ya Allah.. sungguh aku tidak sehebat Rabiatul Adawiyah dalam mencintaiMu… namun kupohon Ya Rabbi, kurniakan daku sedikit semangatnya.. kurniakan daku secubit amalnya buatku turuti, ku sulam menjadi akhlak ku. Didiklah daku menjadi seperti dirinya, meski dalam merangkak dan bertatih… aku rela…” Aku terpana pada cinta hebat Rabiatul Adawiyah buatMu. Aku terkedu dan kagum pada wanita sufi penghuni syurgaMu itu. Sungguh aku begitu cemburu pada nya, pada kekuatannya berjuang untuk cintaMu.. kagum aku pada nilai cinta yang dia letak kan untukMu.. Subhanallah…andai diberi peluang ingin aku bertemu wanita hebat itu Ya Allah... Ingin aku menjadi sepertinya, yang mencintaiMu tiada bertepi dan sempadan nya, hingga seluruh hidupnya diabdikan buatMu. Ya Allah, bagaimana caranya untuk ku mengikut jejak langkahnya. Ajarkan aku ya Allah bagaimana caranya untuk aku menyulam akhlak ku seindah dia… meski ku tahu betapa hina dan lemahnya diri ini, namun jauh disudut hati, aku mendambakan itu Ya Allah... Aku membaca lagi retetan sejarah wanita sufi berhati waja itu…katanya: “Jika aku menyembahMu kerana takut pada api nerakaMu, maka bakarlah aku didalamnya… Dan jika aku menyembahMu kerana tamak pada syurgaMu, maka haramkanlah aku daripadanya... Tetapi jika aku menyembahMu kerana kecintaanku kepadaMu.. maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu..” Suhanallah, begitu hebatnya cinta dia buatMu. Ya Rabbi. Siapalah aku untuk meminta begitu padaMu. Aku tidak sampai tahap itu yang rela mengharamkan diriku dari syurgaMu. Aku bermuhasabh diriku, kerana apa ku menyembahMu?? Ya Allah.. sungguh aku benar benar takut pada nerakaMu… sungguh aku tak sanggup dan tak tahan menerima azab nerakaMu.. lalu adakah cintaku padaMu kerana aku takut padaMu??? Ya Allah…. sungguh aku mendambakan syurgaMu... maka adakah aku menyembahMu hanya kerana inginkan syurgaMU?? Ya Allah, aku juga mencintaiMu... mencintaMu dengan seluruh jiwa dan ragaku... namun ya Allah, aku masih juga mengharap syurgaMu… selalu ku sebut dalam doaku agar dimasukkan ke dalam jannahMu.. Ya Allah, aku terlalu mencintaiMu… aku teramat takut dengan nerakaMu. Maka nya aku menyembahMu kerana semua itu... Ya Allah… Kau maha Tahu seperti apa aku ini. Kuserahkan segalaNya padaMu untuk menerima cintaku. Walau tak mampu aku mencintaiMu sehebat Rabiatul Adawiyah, terimalah juga buah cintaku ini Ya Allah... Perkenankanlah aku mencintaiMu sekadar yang termampu aku lakukan Ya Allah... Meski aku terpaksa merangkak dan bertatih dalam mencari cinta teragung buatMu, aku rela Ya Allah... Cuma ku pohon agar Kau selalu ada untuk ku. Aku menyerahkan imanku dalam perliharaanMu, maka peliharalah ia sewaktu hidup, sewaktu mati dan selepas matiku... Kuteruskan lagi mengenal dengan lebih mendalam wanita penghuni syurga ini. Minat dan kagumku makin bertambah. Malik RA berkata, “Jika kamu izinkan, boleh aku suruh seorang kawanku yang kaya memberimu semua keperluan harian.” Rabi’atul-adawiyyah menjawab, “Adakah satu Tuhan yang menanggung aku, dan Tuhan lain pula menanggung kawanmu itu? Jika tidak, adakah Tuhan lupa kepadaku kerana aku miskin dan ingat kepada kawanmu itu kerana ia kaya? Sebenarnya Allah itu tidak lupa kepada siapa pun. Kita tidak perlu memberi ingat kepada Tuhan itu. Dia lebih mengetahui apa yang baik untuk kita. Dia yang memberi kurnia dan Dia juga yang menahan kurnia itu.” MasyaAllah… begitu dia mengenaliMu dengan sebenar2nya. Tidak peduli langsung dia walau dilanda kesusahan sebesar apa pun, kerana dia terlalu percaya dan yakin padaMu tanpa sempadanNya. Lalu aku??? Ya Allah, diuji sedikit sahaja sudah menangis2 datang bersimpuh padaMu, susah sedikit sahaja begitu aku memohon Engkau keluarkan aku dari kesusahan itu. Ya Allah, malunya aku pada wanita hebat itu. Malah aku juga malu padaMu. Aku seolah mengingtkanMU, memberitahu padaMu.. sedangkan aku tahu Engkau Maha Tahu, Engkau tdak pernah lupa pada siapa pun. Tetapi Ya Allah, itulah aku yang hina ini. Memang aku lemah, memang aku selalu merintih padaMu saat aku diuji. Pada siapa lagi harus ku mengadu jika bukan padaMu, pada siapa lagi harus ku bersujud mohon dikeluarkan dari masaalah jika bukan padaMU yang Maha Agung. Aku tidak sekuat Rabiatul Adawiyah dalam meniti jalan Mu yang berliku ini…. kasihani daku Ya Allah, tiupkan sedikit semangatnya dalam sanubari ini, berikan aku kekuatan nya sedikit Ya Allah..., agar aku mampu bertahan dengan setiap ujianMu yang Maha Hebat. Betapa hina dan lemahnya aku dalam mencintaiMu. Semakin ku kenali dia, semakin aku membenci diriku yang serba hina ini. Suatu hari rabi’atul-adawiyyah sedang melihat orang sedang berjalan dengan kepalanya berbalut. Beliau bertanya kenapa kepalanya dibalut. Orang itu menjawab mengatakan ia sakit kepala. rabi’atul-adawiyyah bertanya, “Berapa umurmu?” Jawab orang itu, “Tiga puluh.” Rabi’atul-adawiyyah bertanya lagi, “Hingga hari ini begaimana keadaanmu?” Kata orang itu, “Sihat-sihat sahaja.” Rabi’atul-adawiyyah pula berkata, “Selama tiga puluh tahun Allah menyihatkan kamu, tetapi kamu tidak mengibarkan bendera pada badanmu untuk menunjukkan kesyukuran kepada Allah, dan agar manusia bertanya kenapa kamu gembira sekali dan setelah mengetahui kurniaan Tuhan kepadamu, mereka akan memuji Allah. Sebaliknya kamu, setelah mendapat sakit sedikit, membalut kepalamu dan pergi ke sana ke mari menunjukkan sakitmu dan kekasaran Tuhan terhadapmu. Kenapa kamu berlaku sehina itu!” Subhanallah, aku sehina itu juga duhai Rabiatul Adawiyah.. aku ni hambaNya yang selalu merintih bila aku sakit. Segera ku cari penawar saat diberi sakit olehNya. Menghebah hebahkan sakitku pada semua orang.. meminta simpati. Seolah olah aku menujukkan kekasaran tuhan padaku dan pada semua orang. Sedangkan selama ini, betapa Dia telah memberi aku begitu banyak nikmat sihat dengan sifat Al-Rahim Nya. Malunya aku pada Dia… Harus aku belajar mendidik diriku untuk menerima segala2 yang datang dari Dia dengan penuh rasa gembira. “Seorang hamba Allah bertanya kepada Rabi’atul-adawiyyah tentang perkara kahwin. beliau menjawab, “Orang yang berkahwin itu ialah orang yang ada dirinya. Tetapi aku bukan menguasai badan dan nyawaku sendiri. Aku ini kepunyaan Tuhanku. Pintalah kepada Allah jika mahu mengahwini aku.” Hassan Al-Basri bertanya kepada Rabi’atul-adawiyyah bagaimana beliau mencapai taraf keruhanian yang tinggi itu. Rabi’atul-adawiyyah menjawab, “Aku hilang (fana) dalam mengenang Allah.” Beliau ditanya, “Dari mana kamu datang?” Rabi’atul-adawiyyah menjawab, “Aku datang dari Allah dan kembali kepada Allah.” Aku tidak sekuat itu Ya Allah, yang mengabdikan seluruh hidup hanya padaMu. Kerana aku bukan sehebat Rabiatul Adawiyah, kerana aku insan yang hina lagi lemah, aku sering meminta padaMu agar dihadirkan pendamping disisiku. Teman yang menjadi jambatan menghubungkan aku denganMu, yang membawa dan memimpin aku mencari redha dan cintaMu. Aku tidak mampu Ya Allah mengharungi perjalanan yang penuh onak duri dan ranjau ini keseorangan. Terkadang aku lelah dalam langkahku, terkadang aku berhenti terlalu lama dalam perjalananku itu.. Oleh itu aku perlu pendamping yang boleh memimpin aku selalu. Dia menjadi jambatan untukku mencari cintaMu, dia memimpin tanganku dan seiring dengan langkahku.. dia menemani jalanku demi mencari cinta dan redhaMu Ya Illahi. Perkenankanlah Ya Allah... YA Allah aku menyesali segala kehinaan dan dosa2 ku padaMu. Bawalah daku dalam dakapanMu selalu.. agar dapat aku meraih cinta teragungMu. Lalu aku teringt pada pesan Imam Ghazali ” Anakku…. apabila yang diingini dan dikejar itu sesuatu yang tinggi dan mulia, maka banyaklah akibatnya dan panjanglah jalannya menuju kesana………” aku mengerti itu Ya Allah. Kutahu panjang dan jauh lagi jalan yang harus kutempuh demi sampai padaMu. kupohon agar kau tiupkan sedikit semangat perjuangn Rabiatul Adawiyah itu buatku… agar aku dapat bertahan sepanjang perjalanan menuju padaMu.. Amiin.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar